Lawatan Wang Yi ke DPRK, Perkukuh Hubungan Bilateral

Menteri Luar China, Wang Yi dijadual mengadakan lawatan ke Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dari 9 hingga 10 April atas jemputan Kementerian Luar negara itu.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Rabu.

Mao berkata, lawatan Wang kali ini merupakan langkah penting bagi China dan DPRK untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua parti dan negara, sekali gus mendorong pembangunan hubungan bilateral. 

Menurutnya China bersedia bersama-sama DPRK untuk meningkatkan komunikasi strategik, merapatkan kerjasama dan pertukaran di samping mendorong hubungan kerjasama persahabatan tradisional China-DPRK terus berkembang maju.