Pintu sempadan Hekou merupakan pintu sempadan darat terbesar di sempadan China-Vietnam bahagian Yunnan.
Sejak awal tahun ini, jumlah pengembara yang keluar masuk China melalui pintu sempadan Hekou merekodkan 1.039 juta orang, meningkat 12.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Angka ini sekaligus menjadikan Hekou, sebagai pintu sempadan pertama di Yunnan yang mencatat angka keluar masuk pengembara melebihi satu juta orang pada tahun ini.
Pintu sempadan Hekou dilihat menjadi pilihan semakin ramai pengembara, seiring perlaksanaan dasar pengecualian visa oleh China kepada lebih banyak negara.
Untuk rekod, pintu sempadan Hekou menyaksikan pergerakan keluar masuk pengembara dari lebih 90 negara dan wilayah pada tahun 2025 termasuk 16,000 pelancong dari negara ketiga.
Sementara itu sejak awal tahun ini, individu dari 53 negara dan wilayah telah keluar masuk China melalui pintu sempadan Hekou, meningkat 11.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.












Tinggalkan Balasan