Terowong Shengli Tianshan sepanjang 22.13 kilometer, iaitu terowong lebuh raya terpanjang di dunia mula beroperasi pada Jumaat, sekali gus menandakan pengoperasian penuh Lebuh Raya G0711 yang menghubungkan bandar Urumqi dengan kaunti Yuli di wilayah Xinjiang.
Masa perjalanan dari Urumqi ke Korla akan dipendekkan dari 7 jam kepada 3.5 jam, menurut Jabatan Pengangkutan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.
Pembinaan lebuhraya Urumqi-Yuli sepanjang 324.7 kilometer dimulakan pada April 2020 dan memakan masa selama lima tahun lapan bulan untuk siap.
Lebuh raya tersebut menghubungkan Urumqi dengan koridor bandar di utara dan kluster bandar di selatan Xinjiang, sekali gus akan memainkan peranan positif dalam pembentukan pola pembangunan baharu di wilayah Xinjiang.













Tinggalkan Balasan