DORTMUND (Jerman), 17 Jun — Seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera parah selepas dipercayai dicampak keluar dari tingkap oleh bapanya sendiri dalam kejadian di Netphen, Jerman, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Insiden berlaku awal pagi Sabtu di pekan kecil Netphen, yang terletak di timur Cologne.
Kanak-kanak malang itu kini dirawat di unit rawatan rapi hospital.
Polis dan pasukan kecemasan menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 2 pagi Ahad (0000 GMT).
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan di lokasi kejadian tanpa sebarang tentangan dan kini disiasat atas tuduhan cubaan bunuh.
Pihak berkuasa belum mendedahkan butiran lanjut mengenai insiden itu sementara siasatan masih dijalankan.
Tinggalkan Balasan