Li Qiang Bertemu Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia

Perdana Menteri China Li Qiang bertemu dengan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR), Puan Maharani di Jakarta pada petang Ahad.

Li menyatakan China bersedia memperdalam kerjasama strategik komprehensif dengan Indonesia, di samping mengukuhkan pertukaran antara badan perundangan dan parti.

Kedua-dua negara hendaklah merapatkan lagi koordinasi multilateral, menyemarakkan Semangat Bandung, mempertahankan sistem perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta menyuntik kepastian kepada keamanan dan pembangunan global.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Indonesia dan ulang tahun ke-70 Persidangan Bandung. 

Puan berkata pihaknya akan mengambil peluang ini untuk mengukuhkan pertukaran, kerjasama dan penyelarasan multilateral dengan China, sekali gus melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda