Li Qiang Bertemu Putera Mahkota Kuwait di Kuala Lumpur

Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah di Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Pertemuan tersebut diadakan sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China.

Li menyatakan China bersedia memperkukuh kesalingpercayaan politik dengan Kuwait dan memperkasa penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Wawasan 2035 Kuwait.

Ini termasuk mendorong pembinaan projek kerjasama utama, memperkukuh kerjasama dalam bidang seperti tenaga, pelaburan, ekonomi hijau dan sosiobudaya, selain meneroka peluang baharu untuk pembangunan saling menguntungkan.

Beliau berkata perlunya meningkatkan komunikasi dan koordinasi multilateral, menggerakkan tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah serta menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran dunia.

Sementara itu, Putera Mahkota berkata pihaknya akan melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperdalam kerjasama dan pertukaran serta penyelarasan dalam urusan multilateral, sekali gus memantapkan lagi hubungan Kuwait-China.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda