Majlis Pelancaran Program ‘Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping’ di Malaysia

Bertepatan dengan lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping di Malaysia, majlis pelancaran program ‘Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping’ versi bahasa Melayu diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa. 

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengirim surat tahniah kepada aktiviti ini.

Beliau dalam suratnya mengalu-alukan kedatangan Presiden Xi ke Malaysia dan menyatakan bahawa pelancaran program ‘Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping’ versi bahasa Melayu di Malaysia merupakan satu lagi batu tanda penting dalam usaha memperdalam kerjasama budaya dan media antara Malaysia dan China, kumpulan Media China (CMG) sentiasa memainkan peranan sebagai jambatan dan penghubung dalam menggalakkan peningkatan persefahaman antara negara, dan yakin kerjasama kali ini akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara Malaysia dan China yang sudah wujud sejak sekian lama.

Presiden CMG, Shen Haixiong ketika menghadiri majlis itu menyatakan bahawa pelancaran program tersebut merupakan satu praktik yang memberangsangkan dalam pertukaran sosiobudaya dan kondusif bagi rakyat kedua-dua negara saling mengenali hati dan budi masing-masing.

Shen menambah, program ini menghimpunkan petikan karya klasik dan kata-kata hikmat yang pernah digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memberi tumpuan kepada tema-tema seperti keutamaan rakyat, perlindungan biodiversiti, kazanah budaya, dan tamadun yang berbeza. Ia memaparkan tamadun dan kemajuan China pada era baharu, sekaligus membuka satu jendela untuk memahami tamadun China dan modernisasi ala China.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia, Chang Lih Kang dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Teo Nie Ching juga menyampaikan ucapan dalam aktiviti ini, sedangkan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menyampaikan ucapan melalui video.

Turut hadir, seramai lebih 200 tetamu dari politik, ekonomi, budaya, media dan akademik termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Shaharuddin, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai, dan Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Datuk Abdul Majid Ahmad Khan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda