Tepat jam 9.00 pagi hari ini, upacara besar-besaran penuh istiadat berlangsung di Dataran Tian’anmen Beijing bagi memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Presiden China Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting dan memberi tabik hormat kepada perarakan tentera.
Upacara kali ini bertemakan “Mengingati Sejarah, Mengenang Pahlawan, Menghargai Keamanan, Mencipta Masa Depan”.
Atas undangan Xi Jinping yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, sebanyak 26 ketua negara dan kerajaan asing menghadiri majlis kali ini.
Turut serta ialah timbalan perdana menteri, speaker parlimen, wakil kanan, ketua organisasi antarabangsa serta bekas pemimpin politik dari pelbagai negara.
Selain itu duta besar, atase tentera serta 50 rakan antarabangsa dari 14 negara termasuk Rusia, Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Kanada dan lain-lain turut hadir bagi menyaksikan upacara ini.
Lapan dekad lalu, bangsa China berjuang selama 14 tahun sebelum mencapai kemenangan besar dalam perang menentang pencerobohan Jepun, sekaligus menandakan kemenangan mutlak dalam Perang Anti-Fasis.
Peperangan rakyat China menentang pencerobohan Jepun bermula paling awal dan berlangsung paling lama.
Bangsa China membuat pengorbanan besar untuk menyokong medan perang utama Timur bagi Perang Anti-Fasis dan memberikan sumbangan bersejarah untuk kemenangan Perang Anti-Fasis.
Tinggalkan Balasan