Malam Gala Tahun Baru Cina (TBC) 2026 arahan Kumpulan Media China (CMG) telah membuka tirai pada pukul 8.00 malam Selasa.
Menonton siaran langsung tentang temasya budaya yang penuh dengan kegembiraan dan kemakmuran itu, menjadi pilihan pertama bagi rakyat tempatan, dan rakan-rakan di seberang laut terutama masyarakat Cina yang bersama dengan keluarga pada malam terakhir sebelum ketibaan TBC 2026.
Untuk perincian dalam persembahan edisi tahun ini, sekumpulan robot humanoid yang sekali lagi dipentaskan berubah menjadi “ahli silat” dalam pertunjukan “Tarian Robot Berunsurkan Kung Fu”, bukan sahaja menunjukkan kekuatan teknologi dan kehebatan produk buatan China, tetapi juga membantu membudayakan Wushu (silat tradisional Cina) yang bersejarah ribuan tahun.
Tarian sandal kayu dari kaum Hani, Achimugua dari kaum Lisu, Flamenco dari Sepanyol, dan Légényes dari Hungary yang dipersembahkan bersama dalam gabungan tarian “Injak Lantai Cipta Irama” yang menonjolkan langkah kaki yang rapi dan tersusun, menandakan harapan dan doa-doa untuk melimpahkan rezeki.
Dalam pertunjukan akrobatik kreatif “Buat Lukisan Musim Bunga”, para akrobat dari China dan Austria telah menghidangkan ‘diabolo’ dan ‘juggling’ dengan setiap aksi yang mahir di pentas yang bermandikan cahaya yang berkilauan, dan membawa gambaran yang hidup mengenai aura musim bunga berlatarbelakangkan budaya warisan.
Dalam budaya China, kuda melambangkan kekuatan, keazaman dan ketabahan, dan juga sinonim dengan prospek cerah, kemakmuran dan kejayaan.
Malam Gala TBC 2026 arahan CMG sudah mencetuskan fenomena gilang-gemilang dengan persembahan yang mengagumkan, dan boleh dilihat sebagai satu peluang bersama dengan penonton di peringkat global mendoakan kesejahteraan pada permulaan ‘tahun kuda’ Bingwu (berunsur ‘Api’).
Menurut statistik pada peringkat awal, sehingga pukul 12:00 pada tengah malam16 Februari, seramai 677 juta pengguna platform media pernah menonton siaran langsung Malam Gala TBC 2026 , manakala jumlah badan media di seberang laut yang diberi mandat membuat siaran terbabit meningkat 37.95 peratus tahun ke tahun, dengan mencecah hampir 4,000 unit.













Tinggalkan Balasan