‘Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2026’ anjuran Kumpulan Media China (CMG) yang berunsurkan meriah serta harmoni dan mempunyai sentuh moden dalam mempamerkan budaya warisan dan adat resam tradisional akan dilangsungkan di lima bandar termasuk bandar Beijing yang sebagai segmen utama, dan empat bandar lagi termasuk Harbin di provinsi Heilongjiang, Yiwu di provinsi Zhejiang, Hefei di provinsi Anhui, dan Yibin di provinsi Sichuan.
Demikian diumumkan pihak CMG pada Ahad.
Seorang pegawai dari Pusat Program Seni dan Budaya CMG, Zhang Guofei menyifatkan Malam Gala TBC sebagai simbol budaya penting bagi orang Cina di seluruh dunia ketika menyambut hari perayaan itu, dan juga merupakan jambatan yang menghubungkan dan mengukuhkan silaturahim bangsa Cina di pelbagai negara.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bandar-bandar yang pernah terlibat dalam penganjuran Malam Gala TBC kesemuanya pernah diberi pendedahan untuk mempamerkan imej, budaya warisan dan adat resam tempatan, yang dilihat kondusif bagi meloncakkan perkembangan pelancongan.
Justeru, Malam Gala TBC 2026 bertujuan untuk mempamerkan kebudayaan, kemakmuran dan pembangunan di pelbagai tempat negara ini, sambil menampilkan semangat baharu, iaitu “Memecut seperti kuda gagah” dalam perjalanan baharu pada era baharu berdasarkan gabungan persembahan program lima segmen di lima bandar tersebut.












Tinggalkan Balasan