KUALA LUMPUR, 11 Sept — Malaysia dan Hong Kong melihat potensi besar dalam meningkatkan keterhubungan kargo antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, berteraskan model hab kembar.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara berkenaan antara fokus yang dibincangkan semasa pertemuan makan tengah hari dengan Setiausaha Pengangkutan dan Logistik Hong Kong Mabel Chan hari ini.
“Kami mengadakan perbincangan yang produktif bagi memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Hong Kong dalam sektor utama, khususnya penerbangan dan maritim,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Loke berkata beliau turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam mengawal selia industri e-hailing, memandangkan Majlis Perundangan Hong Kong kini sedang membahaskan undang-undang berkaitan perkhidmatan itu.
“Saya berharap dapat meneruskan dialog bermakna ini ke arah kerjasama ekonomi yang lebih rapat antara kedua-dua pihak,” katanya.
Tinggalkan Balasan