Provinsi Guangdong sebagai perintis, pelopor dan kawasan eksperimen di China sepanjang pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, diharap secara saintifik merancangkan matlamat, tugasan dan langkah bagi tempoh lima tahun akan datang, mendorong pembangunan berkualiti tinggi melalui pemerkasaan pembaharuan dan keterbukaan secara menyeluruh, dan berusaha dengan terus-menerus mendorong pembinaan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.
Presiden Xi Jinping berujar sedemikian ketika turun padang melakukan tinjauan ke provinsi Guangdong di selatan China.
Bandar Meizhou dan Guangzhou tersenarai dalam jadual tinjauan Xi pada 7 hingga 8 November.
Pada sebelah pagi tadi, Xi memilih mengunjungi satu pameran di Guangzhou berhubung pencapaian pembangunan integrasi inovasi teknologi dan inovasi industri, dan mendengar laporan kerja pihak berkuasa tempatan.
Xi menegaskan bahawa Guangdong perlu berusaha menggalakkan perkembangan ekonomi yang jenis pemilikannya pelbagai dan meningkatkan keserasian antara satu sama lain, menumpukan kepada perkembangan Kuasa Produktif Kualiti Baharu, dan membina sistem industri moden yang berdaya saing di arena antarabangsa.
Xi juga menyatakan bahawa pembinaan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau merupakan tugas penting bagi Guangdong dan juga peluang pembangunan yang luar biasa. Guangdong perlu melengkapkan matlamat untuk membangunkan Kawasan Teluk Besar ke arah yang lebih dinamik dan kompetitif, malah membina naratif baharu tentang kelompok bandar yang bertaraf dunia di kawasan itu.













Tinggalkan Balasan