Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai konglomerat global dalam industri biofarmaseutikal berturut-turut meningkatkan pelaburan di pasaran China, menjadikan sektor perubatan dan farmaseutikal wujud sebagai tumpuan pelaburan asing di negara ini.
Sebuah syarikat farmaseutikal berasal dari Denmark, Novo Nordisk, menghulurkan pelaburan kira-kira RMB4 bilion (RM2.6 bilion lebih) di bandar Tianjin pada tahun 2024, dan seterusnya mengumumkan pelaburan tambahan kira-kira RMB800 juta (RM530 juta lebih) untuk mengembangkan makmal pemeriksaan kualiti di kilang pengeluaran pada Julai tahun ini.
Mengapa konglomerat farmaseutikal ini begitu yakin akan pelaburan di China?
Terdapat pelbagai langkah yang terperinci yang terkandung dalam “Skim Menstabilkan Pelaburan Asing 2025”, misalnya meningkatkan tahap keterbukaan sektor biofarmaseutikal secara berperingkat, mengkaji dan menyemak semula dasar “pintu terbuka” bagi sektor perubatan dan mempermudah kelulusan ubat inovatif untuk pemasaran dengan lebih pantas.
Pengerusi Lembaga Pengarah Novo Nordisk, Helge Lund, menyanjung tinggi komitmen kerajaan China dalam menangani penyakit kronik melalui dasar dan perancangan yang jelas, seperti “Garis Panduan Keselamatan China 2030.”
Sebagai rakan kerjasama jangka panjang, Novo Nordisk berharap untuk terus menyumbang dalam menangani cabaran dari penyakit kronik. Syarikat yang sudah beroperasi di China selama lebih 30 tahun itu gah dengan terbentuknya rangkaian lengkap yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi, pengeluaran dan pengendalian komersial.
Dalam kerangka modenisasi ala China, Helge Lund menyatakan bahawa Novo Nordisk akan terus menembusi pasaran China melalui inovasi dan kerjasama demi pencapaian yang saling menguntungkan.













Tinggalkan Balasan