Menteri Luar ASEAN Bincang Situasi di Asia Barat

Menteri-menteri luar ASEAN mengadakan mesyuarat khas secara dalam talian bagi membincangkan situasi di Asia Barat pada Jumaat.

Para menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mesyuarat itu melahirkan kebimbangan serius terhadap konflik di rantau berkenaan.

Mereka turut menyeru supaya pihak-pihak terlibat menghentikan segera tindakan bermusuhan serta menyelesaikan percanggahan pendapat menerusi dialog dan saluran diplomatik bagi memelihara kedamaian dan kestabilan rantau.