Menteri Luar China, Perancis Bincang Situasi Asia Barat 

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Jean Noel Barrot pada Isnin.

Wang Yi menegaskan pendirian China bahawa isu nuklear Iran perlu diselesaikan secara politik dan diplomatik.

Beliau juga berharap Perancis supaya berpegang teguh pada pendirian yang objektif dan adil, selain bersikap tenang dan rasional serta bersama-sama China dalam mempertahankan prinsip asas hubungan antarabangsa dan mendorong situasi kembali aman.

Sementara itu, Barrot turut menjelaskan pendirian Perancis berhubung situasi di Asia Barat.

Tegasnya, Perancis dan China selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai kewajipan untuk memelihara kedamaian dan keselamatan antarabangsa.

Ujarnya, serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran dilakukan tanpa mendengar pandangan mahupun mendapat kebenaran Majlis Keselamatan PBB.

Justeru beliau menggesa pelbagai pihak berusaha bersama-sama bagi meredakan ketegangan dan menyelesaikan isu nuklear Iran melalui rundingan.