Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Rusia Sergey Lavrov telah bertukar-tukar pandangan mengenai situasi semasa di Asia Barat melalui telefon semalam.
Sergey Lavrov menyatakan bahawa di sebalik pertempuran yang berlarutan dan isu Selat Hormuz, pihak Rusia berpendirian bahawa tindakan ketenteraan semestinya dihentikan dengan segera. Rusia bersedia untuk terus merapatkan komunikasi dan koordinasi dengan China, bagi terus menyuarakan seruan dan melakukan usaha mewujudkan gencatan senjata malah menoktahkan konflik.
Wang pula berkata, penyelesaian utama untuk memulihkan kelancaran pelayaran di Selat Hormuz adalah menghentikan pertempuran dan konflik dengan serta merta. China bersedia untuk terus bekerjasama dengan Rusia dalam konteks Majlis Keselamatan PBB, dan melakukan komunikasi tepat pada waktunya dalam isu-isu penting demi keamanan dan kestabilan serantau dan keselamatan bersama sedunia.













Tinggalkan Balasan