Perubahan iklim merupakan cabaran serius yang dihadapi bersama umat manusia. China sentiasa melaksanakan langkah pengurangan dan penyesuaian secara seimbang dalam bidang menangani isu perubahan iklim, misalnya memperincikan pelaksanaan projek rintis di 39 bandar berhubung perubahan iklim. China bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyahut cabaran dari perubahan iklim dan meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri susulan impak berkenaan
Demikian dinyatakan Ketua Delegasi China yang juga Naib Menteri Ekologi dan Alam Sekitar, Li Gao dalam Mesyuarat “Penyelesaian China bagi Hadapi Perubahan Iklim” yang berlangsung sempena Persidangan Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP30) ke-30 yang berlangsung di sini pada Jumaat minggu lalu.
Sementara itu, Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim, Liu Zhenmin menunjukkan bahawa China akan terus mengeratkan kerjasama dengan pelbagai negara untuk menyesuaikan diri dalam perubahan iklim, dan meningkatkan perkongsian dalam kerjasama Selatan-Selatan bagi membentuk dunia yang bersih, indah dan inklusif melalui pembinaan platform kerjasama amaran awal dua hala di rantau-rantau terbabit.
Naib Pengarah Jabatan Meteorologi China, Xiong Shaoyuan pula berkata, China konsisten dalam melaksanakan “Rancangan Tindakan China bagi Amaran Awal untuk Penyesuaian dengan Perubahan Iklim (2025-2027)”, menyediakan perkhidmatan di peringkat global melalui satelit meteorologi Fengyun, dan berkongsi pengalaman serta kejayaan dalam usaha pengurangan dan pencegahan bencana.
“China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dan interaksi dengan pelbagai pihak dalam penyampaian amaran awal secara teknikal yang dipercayai boleh membantu negara-negara membangun memperkasa kemampuan dalam bidang itu,” tambah beliau.
Turut hadir, lebih 150 orang tetamu dari dalam dan luar negara China. Mereka telah berkongsi konsep terkini dan kes praktikal kendalian China berhubung pengalaman penyesuaian dengan perubahan iklim dalam bidang-bidang yang kritikal.













Tinggalkan Balasan