Usaha harus dipertingkat lagi untuk memanfaatkan kelebihan kendiri dan menggerakkan pembangunan industri masa hadapan China melakar kemajuan signifikan.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa mempengerusikan sesi pembelajaran kolektif ke-24 Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada Jumaat.
Xi berkata industri masa hadapan mempunyai ciri-ciri seperti berpandangan jauh ke hadapan, berkepentingan strategik dan berpotensi besar, yang memerlukan perancangan saintifik dan koordinasi holistik.
Beliau menegaskan perlunya sinergi diperkukuh untuk meningkatkan keserasian antara industri masa hadapan, indusri baru muncul serta industri tradisional sepanjang perkembangan bersama.
Menurut Xi, sejauh mana tahap pencapaian sains dan teknologi amat bergantung kepada unsur kelajuan, keluasan dan kedalaman perkembangan industri masa hadapan.
Justeru, peranan sektor korporat perlu dioptimumkan sepenuhnya, kata beliau sambil menambah bahawa pelbagai sumber inovasi harus digalakkan beralih kepada syarikat berkenaan, supaya melahirkan syarikat tempatan berteknologi tinggi yang mampu menerajui industri masa hadapan.
Xi turut memberi penekanan kepada aspek-aspek antaranya membaiki dasar fiskal dan cukai, membangunkan kewangan berteknologi, memupuk lebih banyak bakat dan membudayakan inovasi dalam kalangan rakyat.












Tinggalkan Balasan