Pameran Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Perempuan Diadakan di Beijing

Pameran Kemajuan Wanita dan Kanak-kanak Perempuan Dipacu Digital dan Pintar dirasmikan di Beijing pada Selasa, bersempena Sidang Kemuncak Wanita Sedunia.

Isteri Presiden China Xi Jinping, yang juga Duta Khas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita, Prof. Peng Liyuan, bersama-sama Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merangkap Pengarah Eksekutif UN Women Sima Bahous mengunjungi pameran itu.

Peng ketika berucap pada majlis perasmian pameran itu menyatakan bahawa seiring dengan perkembangan pesat sains dan teknologi, integrasi antara teknologi digital dan kecerdasan semakin dipergiat, sementara teknologi maklumat generasi baharu telah menjadi penggerak yang membantu wanita dan kanak-kanak perempuan mengejar impian mereka.

“China secara proaktif membangunkan teknologi digital dan pintar, sehingga berjaya mengubah cara hidup kaum wanita dan kanak-kanak perempuan. Mereka mempunyai ruang pembangunan yang lebih luas pada era teknologi digital dan pintar ini,” ujar Peng.

Selepas majlis pembukaan, Peng Liyuan bersama-sama dengan tetamu dari dalam dan luar negara mengunjungi pameran tersebut. 

Para tetamu telah memberi penilaian tinggi terhadap hasil kemajuan wanita dan kanak-kanak perempuan di China.