Pasukan Lautan Kapal ‘Xuelong’ China Jayakan Misi Ekspedisi Antartika ke-42

Pasukan Lautan  Kapal “Xuelong” China untuk Ekspedisi Antartika telah menjayakan misi ke-42  tentang peninjauan dan penyelidikan lautan pada Khamis, waktu Beijing.

Menurut Ketua Pasukan Lautan Kapal “Xuelong”, Zhang Haifeng, dalam pelayaran kali ini, mereka telah menjalankan peninjauan dan penyelidikan bersepadu terhadap persekitaran hidroloji, biologi laut, kimia laut dan persekitaran atmosfera di Laut Amundsen, Laut Ross dan perairan berhampiran, serta menjalankan penyelidikan mengenai tempat habitat kawanan penguin.

Pelaksanaan kesemua tugasan tersebut dalam tempoh dari 24 Januari hingga 19 Februari 2026 berjalan lancar, walaupun kadang-kala berlaku cuaca buruk seperti salji lebat, kabus tebal, ombak tinggi dan aliran ais yang dahsyat.

Untuk perincian, pihaknya telah berjaya mengambil balik 4 set poya ekologi di bawah permukaan laut yang sudah tamat tempoh perkhidmatan, meletakkan 4 set boya yang baharu, dan memperoleh sampel biologi yang pelbagai tentang kril, ikan lapisan tengah serta hidupan di dasar laut.

Dimaklumkan, sebagai komponen penting bagi penyelidikan jangka panjang dan pemantauan sains China di Antartika, pasukan terbabit berperanan untuk menyediakan sokongan dan maklumat dalam bidang pengajian perubahan iklim dan ekologi alam sekitar di kawasan Antartika.