PBB Sambut Baik Perjanjian Gencatan Senjata Antara Kemboja, Thailand

NEW YORK, 29 Julai — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand, menyifatkannya sebagai langkah positif ke arah menamatkan permusuhan yang berterusan dan meredakan ketegangan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Dalam kenyataan yang disampaikan oleh Farhan Haq, Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung, Guterres menggesa kedua-dua negara agar mematuhi sepenuhnya perjanjian itu dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menangani isu yang masih belum diselesaikan serta mencapai keamanan berkekalan.

Beliau turut menegaskan komitmen PBB untuk menyokong usaha ke arah memupuk keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda