Pegawai China, UAE Bincang Situasi Semasa Asia Barat

Ahli Biro Politik yang juga Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Yi telah mengadakan perbincangan dengan Utusan Khas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi Hal Ehwal China, Khaldoun di Beijing semalam.

Wang berkata, pihak China bersedia untuk mengeratkan hubungan peringkat tinggi dengan pihak UAE, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara- masing-masing dan mendorong perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara berkembang ke satu tahap baharu.

Setelah Khaldoun berkongsi situasi terkini di rantau Asia Barat, Wang sekali lagi menegaskan pendirian dan prinsip yang konsisten bahawa China menyokong UAE dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayahnya. Sementara itu, China membantah sebarang serangan terhadap orang awam dan kemudahan awam, dan bersedia terus berusaha melakukan pengantaraan, membantu mewujudkan gencatan senjata dan menoktahkan peperangan demi keamanan dan kestabilan di Asia Barat.