Pelabur Asing Manfaatkan Peningkatan Permintaan Baharu Sektor Penggunaan di China

“Kami akan terus menambah peruntukan kewangan ke dalam seluruh rantaian industri”, “Kami konsisten dalam menjalankan tugasan yang semakin banyak di China”, dan sebagainya.

Demikian dinyatakan perwakilan dari perusahaan asing ketika betemu bual dengan wartawan dalam tempoh sidang tahunan NPC dan CPPCC 2026. Yang paling menyentuh hati dari bualan mereka adalah keyakinan yang penuh terhadap pasaran China.

Tahun ini iaitu tahun pertama bagi pelaksanaan Ranangan Lima Tahun ke-15, telah menyaksikan bermulanya satu demi satu pembinaan projek baharu pelaburan asing, yang sebahagian besarnya sudah menyasarkan trend baharu peningkatan penggunaan, dan bersiap merebut peluang baharu daripada pasaran China yang semakin terbuka.