Pembangunan Berkualiti Tinggi China Suntik Kestabilan kepada Ekonomi Global

Persidangan NPC dan CPPCC yang berlangsung di China kini terus menjadi tumpuan media pelbagai negara.

Ketua Pengarah Penyelidikan dan Komunikasi Strategik Indonesian Gentara Institute, Christine berkata, “Persidangan NPC dan CPPCC tahun ini sangat signifikan. Maklumat dan isyarat yang dikeluarkannya merupakan yang kita nanti-nantikan, seperti komitmen untuk mendorong amalan multilateralisme dan menyumbang kepada tata tertib dunia yang berbilang kutub. Isyarat-isyarat seperti itu telah menyuntik kestabilan kepada ekonomi global dan membawa kepastian yang lebih besar kepada tadbir urus global.”

Pengerusi Persatuan Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Jerman, Michael Schumann pula berkata, “Presiden Xi Jinping sentiasa menekankan untuk mengutamakan rakyat. Konsep ini patut diberi perhatian di peringkat global. Di Eropah, masalah ketidakseimbangan pembangunan yang semakin meruncing amat membimbangkan. Maka perlulah kita membuat refleksi dan penyesuaian terhadap masalah berkenaan.”

Dekan Sekolah Siswazah Universiti Lima Peru, Grados Smith berkata, “China bukan sahaja mencapai pertumbuhan ekonomi, malah melakar pencapaian dalam bidang teknologi tinggi, sekali gus membentuk spesifikasi tinggi yang baharu bagi pembangunan dunia.”