Menurut satu tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), kebanyakan responden memberikan penilaian tinggi terhadap kemajuan yang menyeluruh dan kejayaan signifikan yang tercapai di wilayah autonomi Xizang dalam pembangunan sosioekonomi yang merangkumi pelbagai bidang, dan berpendapat bahawa pembangunan Xizang telah mengalami lonjakan besar ke arah Modenisasi ala China.
Tinjauan anjuran CGTN itu melibatkan 6,747 responden dari 38 negara.
Dalam tinjauan itu, terdapat seramai 83.8 peratus responden memuji perkhidmatan perubatan di Xizang terus diperbaiki, 83.8 peratus menganggap hak penduduk tempatan untuk menerima pendidikan terjamin, 83 peratus responden menganggap hasil yang ketara boleh disaksikan dalam perlindungan dan pemuliharaan ekologi, dan 81.9 peratus responden menganggap pembangunan infrastruktur kekal mampan.
Selain itu, seramai 80.6% peratus responden menganggap tahap pendapatan penduduk Xizang meningkat secara berterusan, dan 80.6 peratus responden mengiktiraf pencapaian dan keberkesanan dalam pelaksanaan skim pembasmian kemiskinan di Xizang.
Menurut tinjauan itu, 74.8 peratus responden berpendapat bahawa pembangunan sosioekonomi Xizang mengalami lonjakan besar ke arah Modenisasi ala China.
Dalam tempoh 60 tahun lalu, keterjaminan kebebasan beragama terus meningkat di Xizang berkat usaha dalam pelaksanaan dasar bebas beragama dengan menyeluruh. Dalam tinjauan itu, 75.8 peratuas responden memuji pencapaian Xizang dalam pembinaan bangunan dan kemudahan yang moden untuk golongan penganut agama. Selain itu, 84.6 peratus responden memberikan penilaian tinggi terhadap langkah Xizang yang proaktif dalam memelihara, mewaris dan mengembangkan budaya etnik minoriti, dan 84.6 peratus responden mengiktiraf fasiliti budaya awam di Xizang semakin baik, yang dilihat sebagai tunjang bagi mengukuhkan identiti budaya etnik Tibet.
Untuk rekod, tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 Wilayah Autonomi Xizang.
Tinggalkan Balasan