Pemimpin antarabangsa termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Presiden Serbia Aleksandar Vučić, Perdana Menteri Nepal Khadga Prasad Sharma Oli dan beberapa pemimpin lain memuji penganjuran majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia pada Rabu, selepas menghadiri majlis tersebut.
Putin berkata majlis kali ini berlangsung dengan sangat cemerlang, manakala Diaz-Canel melalui hantaran dalam bahasa mandarin di platfom media sosialnya menyatakan kekaguman beliau dan berasa terhormat dijemput hadir serta memuji kepimpinan China yang memperjuangkan multilateralisme dan tadbir urus global.
Sementara itu Vučić berkata Serbia akan sentiasa mengingati segala sokongan yang diberikan China.
Tinggalkan Balasan