Media asing dan institusi luar negeri menyifatkan perasmian persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) di Beijing menandakan proses pemodenan bercirikan China memasuki fasa penting.
Spain China Think Tank menyatakan bahawa agenda menyemak dan meluluskan draf garis panduan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 sempena sidang tahunan berkenaan, amat bermakna bagi China sendiri serta perubahan situasi antarabangsa.
Laporan akhbar Singapura, The Straits Times berbunyi, FYP berkenaan merupakan satu cetak biru mega yang direncanakan China bagi tempoh 2026 hingga 2030 dengan membabitkan pertumbuhan ekonomi, teknologi dan inovasi, kesejahteraan rakyat, transformasi hijau, jaminan sosial dan sebagainya.
Penganalisis berpendapat, dasar China berkenaan akan beralih kepada penaiktarafan perindustrian, kemandirian dan pengukuhan diri dalam sains dan teknologi serta pembinaan pasaran domestik yang kuat.













Tinggalkan Balasan