Penggubal Undang-undang Tertinggi China Buat Lawatan ke Kyrgyzstan

Penggubal undang-undang tertinggi China, Zhao Leji menyatakan kesediaan untuk meningkatkan kerjasama praktikal dengan Kyrgyzstan ketika mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke negara Asia Tengah itu bermula 23 Julai.

Zhao, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov dan Speaker Parlimen Nurlanbek Turgunbek uulu di Bishkek sempena lawatan tersebut.

Ketika bertemu Japarov, Zhao berkata kedua-dua negara harus memperkukuh rasa saling percaya secara strategik dan terus saling menyokong dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras satu sama lain.

Beliau berkata usaha perlu dipergiat bagi memperluas pelaburan dan perdagangan, memajukan pembinaan projek Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan serta merancakkan pertukaran sosiobudaya.

Sementara itu, ketika pertemuan bersama Turgunbek uulu, Zhao menyatakan bahawa NPC China sedia bersama-sama Parlimen Kyrgyzstan melaksanakan sepenuhnya konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara sambil meningkatkan pertukaran di segenap peringkat badan perundangan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda