Peningkatan KDNK China Dijangka Melebihi RMB6 Trilion pada 2026

Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di China dijangka akan melebihih RMB6 trilion (RM3.4 trilion) pada tahun 2026.

Demikian ujar Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), Zheng Shanjie dalam sidang akhbar Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 pada Jumaat.

Menurut beliau, peningkatan KDNK akan memberikan sokongan kukuh kepada usaha menstabilkan pekerjaan, menambah baik kehidupan rakyat, serta mencegah risiko.