Kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangka akan menurun 50 peratus pada suku tahun keempat tahun ini sekiranya penutupan kerajaan persekutuan berlarutan.
Demikian ditegaskan Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent pada Ahad
Beliau turut memberi amaran bahawa ekonomi akan kian merosot susulan penutupan kerajaan.
Untuk rekod, penutupan kerajaan persekutuan AS kali ini telah berlarutan selama 40 hari, sekali gus merekodkan tempoh paling panjang dalam sejarah negara itu.
Semasa penutupan kerajaan, isu ekonomi semakin menonjol dan menjadi tumpuan masyarakat, manakala tekanan inflasi dilaporkan terus meningkat.
















Tinggalkan Balasan