Perdagangan China dengan Negara SCO Catat USD512.4 Bilion pada 2024

Jumlah perdagangan China dengan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pada tahun 2024 mencatat kira-kira USD512.4 bilion (RM2.17 trilion) iaitu meningkat 2.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Naib Menteri Perdagangan China, Ling Ji pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerjasama Kementerian Perdagangan China, Zhang Li memaklumkan, kerjasama pelaburan dan industri antara China dengan negara-negara anggota SCO berkembang dengan stabil.

Katanya syarikat-syarikat China telah menubuhkan lebih 3,000 perusahaan di negara-negara anggota dan mencipta lebih 200,000 peluang pekerjaan setiap tahun.

Manakala Pengarah Jabatan Perdagangan Dunia, kementerian yang sama, Han Yong berkata China akan mengukuhkan komunikasi dan kerjasama dengan negara-negara anggota SCO bagi mengekalkan sistem perdagangan multilateral yang berwibawa dan berkesan.