Persidangan Keselamatan dan Operasi Dunia IATA 2025 Diadakan China Kali Pertama

Persidangan Keselamatan dan Operasi Dunia (WSOC) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Tahun 2025 berlangsung di bandar Xiamen, provinsi Fujian pada Selasa.

Ini merupakan penganjuran kali pertama persidangan tersebut di negara China.

Pada persidangan tersebut, wakil-wakil dari syarikat penerbangan, agensi kawal selia, pertubuhan antarabangsa dan wakil pembekal dari hampir 70 buah negara telah bertukar-tukar pandangan mengenai pembentukan mekanisme tadbir urus keselamatan penerbangan pada masa depan, selain mencari kerangka strategi baharu dalam bidang keselamatan dan operasi penerbangan.

Menurut maklumat yang diperoleh, industri penerbangan awam China menduduki kedudukan kedua teratas dunia dari segi skala pengangkutan selama 20 tahun berturut-turut.

Pada tahun 2024, jumlah keseluruhan pengangkutan mencecah 148.52 bilion tan-kilometer, dengan jumlah penumpang sebanyak 730 juta orang dan 8.982 juta tan kargo serta mel, sekaligus menyumbang lebih 20 peratus kepada pertumbuhan pengangkutan udara global setiap tahun.

IATA memuji peranan kepimpinan China dalam penyusunan serta penambahbaikan piawaian penerbangan antarabangsa.