Persidangan NPC dan CPPCC, Petanda Aras Pembentukan Masa Depan China Bahkan Dunia

Baru-baru ini, semasa menyertai sesi perbincangan bersama wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari provinsi Jiangsu sempena sidang ke-4 NPC ke-14 di Beijing, Presiden China Xi Jinping menyatakan bahawa pembangunan ‘kuasa produktif kualiti baharu’ amat penting bagi mendorong pembangunan berkualiti tinggi dan meningkatkan daya saing ekonomi. Banyak media asing telah membuat liputan tentang ucapan Xi itu.

Sky News dari Britain dan akhbar Clarín dari Argentina, masing-masing menyiarkan rencana yang dengan senada menunjukkan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, China akan mempergiat usaha meningkatkan penglibatan sektor sains dan teknologi dalam pembangunan ekonomi, dan mencapai kemandirian dalam pembangunan sektor strategik demi memacu pertumbuhan ekonomi.

Laman sesawang Bloomberg News dalam satu laporannya menyatakan bahawa ucapan Presiden Xi mengenai inovasi sains dan teknologi serta ‘kuasa produktif kualiti baharu’, bukan sahaja merujuk kepada keadaan pembangunan China yang sebenar, tetapi juga selaras dengan trend pembangunan dunia, malah sudah membawa makna yang besar dan nilai praktikal di peringkat global. Dalam konteks situasi dunia yang tidak stabil, gerak kerja yang dirancangkan dalam persidangan NPC dan CPPCC 2026 serta ucapan Xi dilihat sebagai petanda aras bagi pembentukan masa depan negaranya bahkan dunia.