Persidangan PKC Lulus Cadangan Mengenai Rancangan Lima Tahun ke-15

Sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) berlangsung di Beijing dari 20 hingga 23 Oktober.

Sidang kali ini dipengerusikan Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC Xi Jinping menyampaikan ucapan penting dalam sidang pleno tersebut.

Dalam sesi tersebut, laporan kerja yang dibentangkan Xi bagi pihak Biro Politik telah didengar dan dibincangkan.

Sidang tersebut turut membahaskan dan meluluskan Cadangan Jawatankuasa Pusat PKC Mengenai Penyusunan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial.

Xi turut memberikan penjelasan terperinci mengenai draf cadangan tersebut kepada sidang pleno.