Pertandingan Akhir Roboleague Berlangsung di Beijing 

Pertandingan akhir Roboleague yang berlangsung di Beijing pada mutakhir ini, merupakan pertandingan bola sepak robot kecerdasan buatan (AI) kumpulan dewasa (3V3) yang diadakan China buat pertama kali.

Dengan adanya program AI yang terpasang, setiap pemain robot yang sudah dilengkapi sistem visual boleh membuat keputusan sebebas-bebasnya, bertindak pantas di padang pertandingan, dan beraksi mengikut posisi bola, pelawan dan gawang.

Setiap pemain robot dalam pertandingan itu mempunyai sejumlah 23 darjah kebebasan pada setiap bahagian utama di seluruh badan, termasuk kepala, dada, lengan, kaki dan sebagainya, yang boleh menjanjikan pergerakan dan kawalan yang cergas dan lincah, misalnya boleh segera bangun apabila jatuh semasa berlangsungnya pertandingan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda