Pertemuan PM China-Rusia di Moscow bagi Perkukuh Kerjasama

China bersedia bersama dengan Rusia berpandukan arahan strategik pemimpin negara masing-masing, memperkasakan komunikasi dan penyelarasan, dan memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Vladimirovich Mishustin di sini pada Isnin.

Li berkata, China bersedia memperdalam kolaborasi bilateral dalam pelaburan, sumber tenaga, pertanian, mengalu-alukan lebih banyak agromakanan buatan Rusia yang berkualiti dipasarkan di China, dan berharap Rusia menyediakan lebih banyak kemudahan untuk pelaburan dan pengoperasian syarikat China di Rusia. 

“Kedua-dua pihak diharap terus memperluas pertukaran sosiobudaya, mengukuhkan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pendidikan, dan perfileman.

“Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Tianjin pada September lalu telah melakar pencapaian yang signifikan. China bersedia mengeratkan kerjasama dengan Rusia untuk mendorong pihak-pihak terbabit menjunjung ‘Semangat Shanghai’, dan memperjuangkan matlamat pembangunan dengan memperincikan pelaksanaan wawasan kepimpinan,” tambah Li lagi.

Sementara itu, Mishustin menyatakan bahawa perkongsian strategik komprehensif Rusia-China pada era baharu berada pada tahap yang tiada tolok banding.

“Rusia bersedia memperbanyak dialog dengan China di pelbagai peringkat, memperdalam kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, sumber tenaga, pertanian dan sosiobudaya, memupuk penggerak baharu untuk pembangunan selanjutnya, dan terus menyemarakkan semangat kejiranan.,” ujar Mishustin.

“Rusia juga bersedia untuk memberi layanan yang baik untuk pelabur China yang berurusniaga di negara kami. 

“Rusia bersedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China dan memacu pembangunan mekanisme SCO, agar memberi sumbangan lebih banyak demi pembangunan, kedamaian dan kemakmuran serantau bahkan dunia,” kata Mishustin lagi.