Perubahan dari Kampung Perlombongan ke Inap Dusun Global Berkat Transformasi Hijau

Di sebuah kampung kecil yang bernama “Yu” di kawasan pergunungan provinsi Zhejiang, pantai timur China, Pan Chunlin, 62 tahun, masih ingat akan musim panas pada 20 tahun lalu yang mengubah hidupnya.

Pada Ogos 2005, ketika bunyi letupan bahan peledak di lombong Yu Cun berhenti buat selama-lamanya, Pan Chunlin, pemilik lombong ini tidak pernah menyangka bahawa setelah melepaskan pendapatan perlombongan hampir RMB sejuta Yuan setahun, beliau sebaliknya dapat menerima manfaat yang lebih besar pada dua dekad kemudian. Kini homestay dikendalikannya dapat menerima lebih 60,000 pelancong setahun dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 4 juta Yuan. Kampung Yu bahkan dianugerahkan “Kampung Pelancongan Terbaik Dunia” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Data terkini mendedahkan bahawa kampung yang dahulunya bergantung pada perlombongan ini kini telah membangunkan rantaian ekologi bersepadu yang menggabungkan “alam sekitar + pelancongan + teknologi”, menjana pendapatan tahunan melebihi RMB 5 bilion Yuan.

Konsep “Gunung hijau dan air jernih adalah gunung emas dan perak” dikemukakan Presiden Xi Jinping bukan sahaja diamalkan secara meluas di seluruh China, malah telah merentasi sempadan negara yang mencetuskan gelombang hijau di arena antarabangsa.

Dari projek “Tembok Hijau” di Afrika ke “Koridor Tenaga Bersih” di Asia Tenggara, China terlibat dalam lebih 300 projek perlindungan alam sekitar yang sentiasa mengamalkan konsep tersebut.

Menurut laporan dikeluarkan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) tahun ini, sumbangan China kepada pertumbuhan hijau global telah mencapai 34%.