Pesawat C919 Berkhidmat untuk Laluan Guangzhou-Nanjing

Sebuah pesawat C919 milik syarikat penerbangan China Southern Airlines selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Lukou Nanjing pada Isnin, sekali gus menandakan perkhidmatan pesawat besar buatan China sendiri itu untuk laluan Guangzhou-Nanjing.

Pesawat C919 yang dicat dengan imej “Teluk Besar Yang Indah” disambut dengan “pintu air” yang melambangkan etiket tertinggi dalam penerbangan awam. 

Menurut China Southern Airlines, pesawat C919 akan digunakan dalam laluan ulang alik antara Guangzhou dan Nanjing dua kali sehari.