PM China Li Qiang Berunding dengan Lawrence Wong

Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong di Singapura pada Sabtu.

Li mengatakan pertemuan antara Presiden China Xi Jinping dan Lawrence Wong di Beijing pada Jun lalu telah menggariskan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa akan datang. 

“China bersedia bersama-sama Singapura untuk memperkasakan kerjasama, meningkatkan hubungan dua hala supaya memberikan lebih banyak sumbangan bagi kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau,” kata Li.

Beliau berkata, sidang pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan baru-baru ini telah membahas dan meluluskan Cadangan Jawatankuasa Pusat PKC Mengenai Penyusunan Rancangan Lima Tahun ke-15 bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial. Dokumen itu telah menggariskan pelan pembangunan di China bagi lima tahun akan datang malah masa yang lebih panjang. 

“China bersedia meningkatkan koordinasi rancangan pembangunan dengan Singapura, mempergiat kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi digital, ekonomi hijau, kecerdasan buatan (AI), tenaga baharu dan bioperubatan, di samping meneroka kerjasama pihak ketiga,” ujar Li.

Lawrence Wong pula menyatakan bahawa kerajaan Singapura mempertahankan prinsip satu China dan menentang “kemerdekaan Taiwan”. 

“Singapura bersedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, dan mengintensifkan pertukaran pengalaman dalam pentadbiran negara,” kata Wong.

Beliau menekankan bahawa pihaknya bersedia berganding bahu dengan China untuk mempromosikan projek-projek penting termasuk Taman Industri Suzhou. 

“Singapura mempunyai keyakinan penuh terhadap pembangunan China dan bersedia terus meluarskan pelaburan di China,” tegas Wong.