PM Li Qiang Lakukan Tinjauan di Shandong

Perdana Menteri China Li Qiang melakukan tinjauan di provinsi Shandong pada Isnin. 

Semasa tinjauan berkenaan, beliau menegaskan keperluan untuk melaksanakan panduan yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping mengenai pembangunan sosioekonomi pada tahun ini dan juga sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun ke-15. 

Ujarnya, ini termasuk melaksanakan pelbagai dasar kerajaan pusat dengan tepat demi penggalakkan pembangunan dan memberikan limpahan manfaat kepada rakyat.

Dalam tinjauan berkenaan, Li berkesempatan mengunjungi Jier Machine-Tool Group Co., Ltd., memeriksa rantai pengeluaran teladan. Beliau memberi pujian tinggi terhadap usaha syarikat itu dalam meningkatkan daya saing melalui transformasi digital dan pintar.