Aktiviti ‘Prelud Gala Tahun Baharu Cina’ anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Brasilia, Brazil pada Selasa.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata semakin ramai orang mengunjungi China dan mendalami budaya negara Tembok Besar menerusi adat resam meraikan Tahun Baharu Cina (TBC), serta berkesempatan menghayati nilai-nilai sejagat dalam perayaan antaranya keharmonian keluarga dan keterangkuman sosial.
Shen memaklumkan bahawa gala tahun ini akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan CMG membuat penyiaran menerusi 85 jenis bahasa serta hasil inovasi teknologi ‘5G+4K/8K+AI’ bagi menyajikan temasya budaya kepada penonton dalam dan luar negeri.
Aktiviti tersebut turut dihadiri Duta Besar China ke Brazil Zhu Qingqiao, Menteri Kesihatan Brazil Alexandre Padilha serta wakil komuniti kebudayaan dan media kedua-dua negara.












Tinggalkan Balasan