Presiden Iran Komited Terhadap Keamanan, Negara Sedia Hadapi “Sebarang Senario”

ISTANBUL, 23 Feb — Iran komited terhadap keamanan dan kestabilan, namun pada masa yang sama bersedia untuk menghadapi sebarang senario yang mungkin berlaku, kata Presidennya Masoud Pezeshkian, lapor Anadolu Ajansi.

“Iran komited terhadap keamanan dan kestabilan di rantau ini. Kami terus memantau dengan teliti setiap langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat (AS) dan telah membuat semua persiapan yang diperlukan untuk setiap senario yang mungkin berlaku,” tulis Pezeshkian di platform X miliknya.

Beliau berkata cadangan konkrit telah dikongsi bersama dalam rundingan terbaharu dan isyarat yang menggalakkan turut diterima.

Terdahulu pada Ahad, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi memberitahu CBSbahawa rundingan nuklear dengan delegasi AS berkemungkinan diadakan di Geneva pada Khamis dan menyifatkannya sebagai “peluang baik” bagi penyelesaian diplomatik.