Presiden Rusia Tiba di Tianjin untuk Hadiri Sidang Kemuncak SCO 2025

Presiden Rusia Vladimir Putin tiba di Tianjin, China pada pagi tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025.

Beliau juga akan menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang dijadual berlangsung di Beijing setelah selesai jadual di Tianjin.

Menurut pihak Rusia, Presiden Putin diiringi oleh satu delegasi “besar dan penting” yang merangkumi tiga naib perdana menteri, lebih daripada 10 menteri, dan perwakilan daripada pelbagai perusahaan utama Rusia.

Kehahiran Putin dalam siri aktiviti berkenaan di China kali ini memperlihatkan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia berada di tahap tinggi pada era baharu.