Presiden Xi Beri Arahan Penting mengenai Pembangunan Xinjiang

Presiden China Xi Jinping yang mengetuai rombongan pusat untuk menghadiri aktiviti sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, telah mendengar laporan kerja yang dibentangkan kerajaan wilayah Xinjiang di bandar Urumqi, pada Rabu.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkata pihak pentadbiran Xinjiang dikehendaki melaksanakan langkah yang komprehensif dan tepat berhubung strategi pentadbiran terhadap wilayah autonomi itu.

Ini termasuk berusaha membina Xinjiang yang bersatu padu, maju, harmoni, makmur dan sejahtera serta mempunyai persekitaran ekologi yang baik.