Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kenya, William Ruto yang kini melakukan lawatan negara ke Beijing, di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.
Kedua-dua pemimpin juga sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap komuniti berkongsi nasib China-Kenya pada era baharu.
Pada sesi pertemuan tersebut Xi menekankan bahawa China dan Kenya perlu terus teguh menyokong antara satu sama lain dalam mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan, dan kepentingan pembangunan, serta menyokong dengan kukuh usaha masing-masing untuk menerokai jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri.
Selain itu, kedua-dua pihak perlu memperdalam pertukaran pengalaman dalam pentadbiran dan pemerintahan negara, selain diharap dapat berkembang menjadi pemacu bagi usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi.
Xi menambah, pasaran berskala besar China sentiasa membuka pintunya kepada produk berkualiti tinggi Kenya.
Katanya, China juga menggalakkan lebih banyak syarikat China yang berdaya saing untuk melabur dan menjalankan perniagaan di Kenya.
Pada masa sama, sebagai anggota penting Selatan Global, China dan Kenya perlu mengambil tindakan konkrit untuk mempertahankan dengan tegas sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu perlu mendorong multipolariti yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua, sekaligus mendorong dunia untuk berkembang menuju masa depan yang lebih aman, selamat, makmur dan maju.
Sementera itu dalam pertemuan tersebut, Ruto menyatakan bahawa Kenya bersedia bersama China untuk membina komuniti berkongsi nasib, menyelaraskan strategi pembangunan ekonomi dan sosial dengan menyeluruh, serta meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan infrastruktur, dan sains dan teknologi.
Kenya juga katanya komited untuk bersama-sama China mempertahankan dan melaksanakan prinsip multilateralisme.
Tinggalkan Balasan