Program ‘Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping’ Bersiaran di Vietnam

Bertepatan dengan lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Vietnam, program ‘Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping’ terbitan Kumpulan Media China (CMG) bersiaran di Vietnam bermula 14 April.

Presiden CMG Shen Haixiong berkata program versi bahasa Vietnam itu menghimpunkan petikan daripada kisah-kisah klasik yang pernah digunakan Xi, dengan memaparkan konotasi era baharu dan nilai universal tersisip dalam budaya tradisi China yang gemilang.

Ia membolehkan rakyat Vietnam mendalami asas budaya kepada falsafah pentadbiran Presiden Xi serta komitmen beliau yang mengabdikan diri berkhidmat untuk rakyat.

Pada hari sama, aktiviti pertukaran sosiobudaya sempena sambutan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Vietnam turut dilancarkan di Hanoi.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda