Putin Nafi Iran Minta Sokongan Ketenteraan Daripada Moscow

utinISTANBUL, 19 Jun — Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis menafikan bahawa Iran meminta sokongan ketenteraan daripada Moscow di sebalik ketegangan yang memuncak dengan Israel, sambil menolak tanggapan wujudnya pakatan ketenteraan antara kedua-dua negara, lapor Anadolu Ajansi. 

“Iran tidak meminta sebarang bantuan ketenteraan daripada kami. 

“Malah ketika kami pernah menawarkan kerjasama membangunkan sistem pertahanan udara sebelum ini, Iran menunjukkan minat yang sangat sedikit,” katanya semasa sesi pertemuan dengan ketua-ketua agensi berita antarabangsa di St. Petersburg. 

Putin turut menyatakan bahawa mencari jalan untuk menamatkan permusuhan antara Iran dan Israel adalah demi kepentingan semua pihak.

Beliau berkata beberapa pilihan telah diketengahkan untuk menangani kebimbangan kedua-dua pihak dan ia dikemukakan kepada rakan berkepentingan yang relevan.

Putin juga mengesahkan bahawa Rusia dan Iran telah menandatangani kontrak bagi pembinaan dua unit tambahan di Loji Kuasa Nuklear Bushehr.

“Kerja pembinaan sedang berjalan. Pakar-pakar kami berada di lokasi — lebih 200 orang,” katanya.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda