Raja Charles Iii Mulakan Lawatan Negara Ke Vatican Pada Rabu

MOSCOW, 22 Okt — Raja Charles III dan Permaisuri Camilla akan memulakan lawatan negara selama dua hari ke Vatican pada Rabu dan dijadual bertemu dengan Paus Leo XIV, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Lawatan itu dianggap langkah bersejarah dalam hubungan antara gereja Anglican-Katolik, dengan memfokuskan kepada perpaduan serta pemeliharaan alam sekitar.

Buat kali pertama dalam tempoh berabad-abad, satu upacara keagamaan akan diadakan antara ketua gereja Katolik dan Anglican.

Lawatan pasangan diraja Britain ke Vatican itu sebelum ini dijadualkan lebih awal, namun terpaksa ditunda ekoran keadaan kesihatan bekas ketua Gereja Katolik, Paus Francis.