Latar Belakang:
China melihat negara-negara jiran sebagai asas penting untuk mencapai pembangunan dan kemakmuran, selain merupakan keutamaan dalam landskap diplomasinya serta kunci bagi menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Semasa persidangan pusat mengenai kerja berkaitan hal ehwal luar pada November 2014, Presiden Xi Jinping menekankan keperluan untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama tetangga berdasarkan prinsip mesra, ikhlas, manfaat bersama dan terangkum.
Dalam pada itu, China komited menjalin ikatan persahabatan dan perkongsian dengan negara-negara jiran, mewujudkan suasana kejiranan yang mesra, aman dan makmur serta memperkukuh kerjasama saling untung dan ketersambungan.
Tinggalkan Balasan