Presiden Belarus Aleksandr Lukashenko dan Presiden Tajikistan Emomali Rahmon masing-masing menyifatkan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) sebagai sinar harapan baharu untuk kerjasama antarabangsa dan “keluarga besar” yang semakin lama semakin baik semasa ditemu bual oleh Kumpulan Media China sebelum lawatan ke China.
Presiden Tajikistan Rahmon berpendapat, SCO telah berkembang menjadi sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting di arena antarabangsa dan mendapat penghormatan dalam lingkungan serantau dan seluruh dunia.
Presiden Belarus Lukashenko pula menyifatkan keanggotaan Belarus dalam SCO sebagai amat penting.
Menurutnya, SCO sedang berkembang dengan mantap dan stabil, dan Belarus perlu menimba pengalaman daripada kaedah pembangunan China. Pelbagai negara anggota SCO seumpama sekeluarga yang besar ketika bersama-sama membincangkan masalah dan membuat perancangan bagi masa depan.
Tinggalkan Balasan